Friday, December 11, 2009

Xboys Fc Vs KDN









salam Xboyz, perlawanan bolasepak ini belangsung di pdg Anggrek Desa spg 32-15 antara KDN Vs Xboys, dalam perlawanan tersebut Xboys mendapat kemenangan besar dgn jaringan 7-1, diseparuh masa pertama Xboys berjaya menjaringkan 3 gol, yang mana gol tersebut telah d jaringkan oleh Hj Warz dengan rembatan kencang dari luar petak D, Hj Aming menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah pemain Xboys (Hj Barin) d jatuhkan dalam petak D, dan juga jaringan Chamong setelah pemain KDN membuat kesilapan di depan gawang sendiri.
Dalam separuh masa kedua permainan xboys semakin bertambah rancak dan berjaya menanbah kan 4 lagi gol. (kalau padang nda licak.... ampit sebiji seorang...) Pasukan KDN pula hanya mampu menjaringkan 1 gol saguhati dan perlawanan tersebut berkesudahan KDN 1-7 Xboys. Penjaring Xboys: Hj Barin (2), Hj Aming (2) Chamong (1), Adri (1), Hj Warz (1).
Ucapan ribuan terima kasih d tujukan kepada Xboys2 yang belaku datang pada perlawanan tersebut yg di dlm padang mahupun yg di luar padang, yang menjaringkan mahukan yang inda, yang bekamah2 mahupun yng bersih. Sambutan dan sokongan sebegini adalah sangat2 di harapkan dan di kekalkan untuk perlawanan atau pun perkumpulan yang akan datang.

Thursday, December 10, 2009

Babah Pertama Boys intake 15

Untuk tatapan & kenangan kita bersama

Thursday, December 3, 2009

Xboys Fc Vs Warder

Perlawanan ini berlangsung di pdg sekolah menengah syadinah husain jerudong pada 02hb dec 2009 jam 16:30hrs, di antara Xboys Fc Vs Warder, perlawan tersebut sangat sengit ,Di separuh masa pertama Xboys terikat 0-0 dgn pihak lawan, serangan di buat berkali2 tetapi xboys tidak dpt menyumbat kan goal, di separuh masa kedua diminit akhir xboys dpt menyumbat kan jaringan goal 1-0 jaringan di buat oleh jersi 16, dgn perubahan corak permainan ,pihak lawan dpt merapat kan jurang Xboys, dgn rembatan kencang dari pihak lawan sehingga kan goalkepper Xboys tewas dminit akhir perlawanan,keputusan muktamad Xboyz berkongsi mata dgn jaringan 1-1.


Wednesday, November 25, 2009

Xboys Fc Vs Lad Rpk


Salam semua Xboys. Tahniah di ucapkan kerana berjaya menewaskan team lawan (Lad Rpk) dgn jaringan 5-3. di separuh masa pertama Xboys terikat dgn 1-1 sama jaringan didahului oleh pihak lawan,diseparuh masa kedua Xboys ketinggalan dgn jaringan 1-3,dgn ada nya sokongan dan semangat Xboys ,Xboys dapat merapatkan jurang dgn bertali harus sehingga kan Xboyz dapat menjaringan 5-3, Jersi No 4 menyumbat kan 3 gol (hatrick). Syabas diucapkan kepada Xboyz team dan yang hadir semasa perlwnan tersebut. Diharap perlwnan yang akan datang supaya dpt lagi hadir beramai2.

Tuesday, November 10, 2009

PEMBERITAHUAN KPD XBOYZ

Salam semua sekali scot2 ku n Xboyz yang lain pada 24hb November 2009 perlawanan Bola diantara Xboyz Vs LAD Rpk di padang menglait jam 1630 collection $3 perhead di harap scot n xboyz akan dapat bermain pada hari tersebut,dharap datang lah seblm jam yang dtetapkan.

Monday, September 14, 2009

Jemputan Kawin Junior kitani Xboys(Pemain Midfielder FAUZI)




Salam kepada Scot2 sekalian di jemput ke majlis perkahwinan Xboys, junior kitani MOHAMMAD FAUZI BIN HJ RASHID , Akan melangsungkan perkahwinan pada 27hb September 2009 bertempat INTERNATIONAL GRADUATE STUDIES COLLEGE,KOMPLEX SETIA KENANGAN KIULAP,BSB NBD. Barang siapa datang bebaya saja k 2 tq.

Wednesday, August 19, 2009

Friday, July 3, 2009

Di Stadium Negara

Salam scot2 semua if merasa voreng atu jgn lupa hubungi lah kami ,sama2 kitani menonton bola dstadium negara ,kan menunggu padang masa ani panuh dah nda ada space utk kitani main, Ani lah activity2 kami, beramai2 lh menonton bola,harap scot2 lain akan join sama,masa atu kami mkn pizza 2 kotak abis oleh kami,burger yg kami bali nda abis pasal telampau sajuk bah,959 sampai minta claim balik arah cpenjual atu sal nya yg dmkn nya sudah 0.30 cent kan dclaim 0.70 cent,966 yang kan dclaim 0.20 cent sal yg sudah dmkn 0.80 cent heheheheheh. 960 nda membali burger tapi mkn pizza 2 slice,956 mkn jua burger tapi nda ia mengclaim balik katanya sedekah saja heheheh juz kidding scot nda ada kan d ceta kan ler tu

Saturday, June 13, 2009

NaVy DaY


Salam scot2 ku dan sekalian Xboys,Navy akan mengadakan Hari Keluarga ,Di harap scot2 sekalian dan Xboys akan dapat meluangkan masa dan supaya dapat hadir utk memeriahkan lagi suasana ,Byk hadiah yg akan kita rebutkan dan anak2 kitani jua jgn lupa dibawa,di hari itu nanti bermcm2 peraduan utk dewasa & kanak2 akan di adakan. Di harap scot2 dan Xboys akan dpt dtg sekian terima kasih atas kerjasama abiskita

Saturday, May 30, 2009

TAHNIAH & SELAMAT ULANG TAHUN


SUBUR, BAK PEPOHON RENDANG MENGHIJAU, MEMAYUNGI TANAH PESAKA MOYANG,
MEMIKUL HARAPAN, MENJULANG GEMILANG.

SUBUR, BAK PEPOHON RENDANG MENGHIJAU, BERHUJAN PANAS MEMAGAR KEDAMAIAN,

MENANAI KEHARMONIAN DI TENGAH GELOMBANG KEMODENAN,
YANG SERBA MENGUSAR DAN MENCABAR.

SYABAS…WIRAWAN DARI CURUK RANTAU YANG AMAN, HEMBUSAN NAFAS PAHLAWAN MU

CURAHAN BAKTI YANG TIDAK BERKESUDAHAN, AKAN TERPAHAT JUA DI DADA ZAMAN

TAHNIAH KEPADA SKOT-SKOTERS AND ALL XBOYS YANG BERJIWANG ASGAI

Thursday, May 28, 2009

mengisi waktu lapang...cont'

Setelah penat menunggu sampai menguap nguap kan tetidur tidur... akhirnya saat yang d tunggu pun datang, boreng jua meliat pasal pasukan yang main ani bukan pasukan yang di minati. di minit ke 10 gol tia...! tarang tarus mata!... kalau boleh rasanya mau di tambah lagi gol atu... niat di hati mudahan saja pasukan yang satu atu kalah. Rehat separuh masa pertama malas tia rasanya kn meliat, ku tutup tv langsung tidur. Pada keesokan harinya dengan muka yang bangas, kusut... ku switch on radio, alang kah happy nya diri ku, sampai ke telingga lebar senyuman ku setelah mengetahui Barcelona di istiharkan sebagai Juara.
Kepada penyukung pasukan Man U, jgn lah merasa hampa... undian sms belum juga akan dpt memberi kemenangan kepada mereka, cuba lagi season hadapan.
KEPADA PENYOKONG LIVERPOOL JANGAN LAH BERHENTI MENYOKONG PASUKAN KESAYANGAN ANDA.. KERANA YOU'LL NEVER WALK ALONE WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA.... Eeeeaaaaaaanya!

*tunggu di keluaran yang akan datang....

Sunday, May 24, 2009

Jutaan Penghargaan TERIMA KASIH

Bagi Pihak Xboys FC ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada xboys-xboys yang hadir pada malam perlawanan bolasepak pada Hari Jumaat 22hb Mei 2009 Jam 2000hrs :
Mijul (Keeper Kebangsaan XBOYS aka Presidento XBOYS) intek 15, Hj Aming (Midfield) intek 15, Muliadi (Midfield kanan) intek 15, Tony (Last Man) intek 15, Edysma (Midfield) intek 15, Adri (Midfield) intek 15, Ak Ahmad (Striker) intek 15, Pg Amir Ringo (Midfield) intek 15,Barin (Striker) intek 15, Kuttie (Defender kiri) intek 15, Hussin (Midfield Kiri) intek 17, Frankie (Defender kanan) intek 15,eirwan (Midfield) intek 12, Sham (Lastman/Stopper) intek 17, Camong (Super Striker) intek 15, Khairol Akramin intek 18, Hasnal intek 22, Syahman (Midfield) intek 20, Hj Ardy (Midfield Kiri) intek 23, Pg Aderius intek 18, Jelo intek 25 (NOT PLAYED), Fauzi (Midfield/Stopper) intek 18, Fadly intek 25 (NOT PLAYED),Rooney (Midfield) Pemain Import sejak xboys FC ditubuhkan, Ak Alim (Keeper Baru - keep it up) intek 25 and our BEST paparazzi/potographer -Birin intek 20.

Terima Kasih di atas semua kehadiran XBOYS...kalau buleh panggil lagi xboys yang berkebolehan untuk bermain bula terutama yang muda-muda yang fit and nafas kuda.. Kepada keeper baru Ak Alim Keep it up... datang-datang saja kalau ada game lagi.. and our target xboys FC dapat mengumpul kan seberapa banyak Xboys untuk di jadikan 2 team. Sekian sekalung penghargaan buat XBOYS.

Get Well Soon - Semoga Cepat Sembuh


Salam Skot-skotan aka skotERS!!
23hb Mei 2009, skot kitani 10987 Md Kamal, Alhamdulilah telah selamat menjalani pembedahan lutut kanan beliau. Kecederaan yang di alami oleh Md Kamal mengakibatkan beliau tidak dapat beraksi pada hari Jumaat malam yang mana Perlawanan Bolasepak Persahabatan di antara XBoys FC vs TUDB (No5 SQDN) telah di adakan sehari sebelum beliau menjalani pembedahan tersebut. Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang tidak di ingini berlaku yang di adakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan (RIPAS) sebelah pagi Hari Sabtu 23hb Mei 2009... jam nya KURENG pasti ku (heheeh...) dan kepada sesiapa yang ingin melawat Md Kamal, ia kana tahan di WARD 6 - Katil 10. Sebelum kamu konfaiden ke hospital RIPAS atu sila call kubail nya dulu manatau ia udah keluar or kana discharged hari ani - double check lagi ah. Kepada Md Kamal get well soon - semoga capat sambuh!!

Saturday, May 23, 2009

Xboys Vs Eng No 5 Sqn TUDB



Perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Xboys dengan pasukan Engineering 5 TUDB di adakan di padang Kebajikan Belia & sukan. Dalam perlawanan separuh masa pertama pasukan Xboys dapat mendominasi perlawanan sehingga sering mempunyai peluang peluang untuk menghasilkan gol. Serangan demi serangan di buat akhirnya membuahkan hasil dimana 955 dapat menjaringan gol hasil hantaran lintang 959 "eeeeeyyeeenya!!". Setelah mendahului 1-0, pasukan lawan pula sering sekali membuat serangan 'counter attack' akan tetapi peluang yang ada gagal di sempurnakan oleh penyerang pihak lawan.
Di separuh masa kedua pula, pasukan Xboys bermain dengan begitu cemerlang sehinggakan mendapat peluang untuk menjarakkan jurang apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan pinalti kepada pasukan Xboys setelah pihak lawan melakukan kekasaran di dalam petak D. Kesempatan untuk menambah gol kedua gagal di sempurnakan oleh 965, apabila sepakan beliau berjaya di halang oleh penjaga gawang pasukan lawan. Walaupun perlawanan berjalan begitu rancak akan tetapi kedua dua pasukan gagal menyumbatkan sebarang gol sehinggalah wisel penamat.

Hasil keputusan perlawanan Xboys 1-0 Eng 5 Sqn, SHABAS pasukan Xboys...

Polis Airport VS XBoys

Pada 20hb Mei 2009 berlangsung lagi satu perlawanan persahabatan bolasepak di antara pasukan Polis Airport dengan Pasukan XBoys bertempat di padang Menglait Gadong. Dalam perlawanan tersebut di separuh masa pertama pasukan polis dapat mendominasi di seawal minit perlawanan sehingga dapat menjaringkan dua gol pendahuluan, akan tetapi pasukan Xboys dapat merapatkan jurang hasil jaringan cantik 956. Semasa perlawanan bertambah rancak, pasukan lawan sekali lagi dapat membolosi gawang pasukan Xboys, akan tetapi pasukan Xboys tidak berputus asa dan akhirnya dapat menyamakan kedudukan hasil jaringan 955 & Roney. Kedudukan di separuh masa pertama Pasukan Polis 3-3 Xboys. Diseparuh masa kedua pula pasukan Xboys gagal menyumbatkan sebarang gol walaupun mempunyai peluang keemasan, malah pasukan polis pula bertali arus membuat jaringan dan akhirnya pasukan Xboys terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang berkesudahan Polis 7-3 Xboys.

"mau rematch lagi neee...."

Contoh


Suatu Pagi di Tamu Kianggeh

Tuesday, May 19, 2009

mengisi waktu lapang

Episod 1

Assalamualaikum...mengapakah blog ini semakin lama semakin sunyi.... tak adakah idea idea yg hendak di kongsikan bersama.... kemana kah, dimana kah menghilang nya kamu... oh... skot2 ku sekalian... aku pn tak tahu apa kh yg akan d kongsikan bersama, hanya mengikut apa yang di tekan oleh jari jemari ini.. 22hb jgn lupa utk bermain, sedih rasa nya, kan ketawa jua rasanya.. "I Have No Idea".....
untuk renungan bersama bacalah selawat jika nda tau apakn d buat... bukan nya kn chatting saja!!!!

sekian. wasalam, have a nice day, tunggu d keluaran yg akan dtg.

Saturday, May 2, 2009

Xboys Fc Vs CrewMan AirForce (Rematch)

Perlawanan bola Xboys Vs Crewman pada 1hb Mei 2009 di pdg belapan, semasa perlawanan tersebut pihak lawan telah pun bertali arus menyerang xboys, sehingga pihak lawan dpt menggegarkan gawang xboys dan terus menjaringkan goal pertama,keputusan 1-0 hingga ke akhir separuh masa pertama, di separuh masa kedua Xboys menukar corak permainan sehingga kan Xboys dpt menggegarkan gawang pihak lawan dgn tandukan dari 960, dan dgn semangat berpasukan xboys sekali lagi menggegarkan gawang pihak lawan dari rembatan 955 dan sekali gus memberi kemenangan bagi team Xboy,dgn wisel penamat keputusan Xboys 2 jaringan dan pihak lawan 1 jaringan, Terima kasih kpd Xboys2 yg lain yg hadir pada mlm itu yg memberi sokongan padu ,dharap penyokong akan berterus hadir utuk menyokong , sekian terima kasih

Wednesday, April 15, 2009

Xboys Fc Vs Pelapis Pesaka

Pada 12hb April 2009 Xboys Fc Vs Pelapis Pesaka di pdg Sekolah Yayasaan Berakas. Pada perlawanan tersebut pihak lawan telah menunduki Xboys dgn jaringan 2-4, Diseparuh masa pertama pihak lawan mendului Xboys dgn jaringan 3-0 pihak lawan bermain dgn begitu cermelang dan berkali2 mengasak di pertahan Xboys sehingga bolos dgn jaringan 3 goal, Diseparuh masa kedua pertahanan pihak lawan agak longgar sedikit sehingga kan Xboys dapat menyumbatkan 2 goal hasil dari jaringan intek22. Diperlawanan tersebut hingga ke wisel penamat Xboys dan pihak lawan terikat dgn jaringan 2-4. Senior mengucapkan ribuan terima kasih kepada Xboys yang hadir pada mlm tersebut. Dharap dmasa perlawanan akan dtg Xboys akan beraksi begitu cermelang, Kehadiran dmlm tersebut dharap akan berpanjangan di perlawanan seterusnya .

Monday, March 30, 2009

Xboys Fc Vs Teknesyen Regment TUDB


Salam semua scot2 n Xboys pada 29hb mac 2009 jam 20:00pm bertempat di pdg kebajikan berakas,sekali lagi xboys beraksi. Dlm separuh masa pertama Xboys di dahului oleh Regement TUDB dgn 1-3 ,jaringan di sumbat oleh 965,di separuh masa pertama Xboys bermain tidak begitu menyerlah dsebabkan dbahagian pertahanan tdk berfungsi dgn baik sehingga kan pihak lawan dpt menyumbatkan 3 goal. Di separuh masa kedua Xboys menunjukan taringnya sehingga kan pihak lawan sekali sekala sahaja menyerang pihak Xboys, dgn bermain begitu cemerlang Xboys dpt menyumbatkan 1 lgi goal dari sepakan penalty, di ambil oleh 977 dgn berkeputusan 2-3,Keputusan ini belarutlah sehingga wisel penamat ,Xboys tewas dgn 2-3.Di harap Xboys yang lain akan dapat menyarungi dan menyokong team Xboys. Intek2 lain yang pandai bermain bola agar supaya dapat hadir bila Xboys mengadakan perlawan seterusnya.Sokongan adalah amat2 di perlukan. Harap maklum Terima kasih

Monday, March 16, 2009

ANY COMMENTS??

MyHotComments.com
MUFC 1 VS 4 LIVERPOOL FC @ OLD TRAFFORD


zwani.com myspace graphic comments
Sport Graphic Comments

Saturday, March 14, 2009

Xboys Fc Vs CrewMan AirForce


Dlm perlawanan mlm semalam 13hb mac 2009 Xboys menang dgn jaringan 4-3,walaupun cuaca tidak mengizinkan dan dgn keadaan padang begitu bicak semangat Xboys tetap berkobar untuk mendapatkan kemenangan,Di separuh masa pertama pertahanan Xboys agak longar sedikit sehingga kan pasukan lawan mendahului Xboys dgn jaringan 1-0,Xboys tidak berputus asa xboys membuat asakan demi asakan di pihak lawan sehingga menjaringkn goal dari rembatan 983,dlm separuh masa pertama pasukan Xboys seri 1-1.Di separuh masa kedua Xboys ketinggalan 2-1,dgn semangat yang dtunjukan pada mlm itu Xboys telah pun mendahului pihak lawan dgn jaringan 4-3 jaringan di buat oleh 985,pengiran Lad Rpk,dan jaringan kemenangan oleh 965,dgn keputusan ini terikat hingga ke wisel penamat dan Xboys menang dgn jaringan 4-3. Syabas diucapkan kepada pemain2 Xboys

Thursday, March 12, 2009

Xboys Fc Vs Bolkiah Wshop

Perlawan antar Xboys Fc Vs Bolkiah Wshop pada 11hb mac 2009, Perlawanan tersebut menyebelahi kepad pihak lawan dgn jaringan 2-4,di separuh masa pertama xboys bermain tidak begitu menyerlah sehingga pihak lawan dapat mematah kan dan terus menjaringkan goal ,di separuh masa kedua Xboys bermain dgn berhati2 dan dapat mematah pertahanan dgn menjaringkan 1 goal ,asakan demi asakan telah pun di laku kan oleh pemain2 Xboys tapi malangnya tidak dapat menembusi gawang pihak lawan,Diharap perlawanan akan dtg pasukan Xboys akan dapat bermain degan baik dan bermoral tinggi Amin!!!!!!

Thursday, March 5, 2009

AIRCRAFT F18 USA LANDED AT RIMBA TUDB

959 bergambar ramai dgn Engineer pesawat F18 USA.
"miani ceta nya"... dua buah pesawat F18 dari USA mendarat di Pengkalan TUDB, oleh sebab salah sebuah daripadanya mengalami kerosakan, maka rombongan engineer nya di hantar ke mari dengan pesawat C130 untuk membaikpulih pesawat tersebut. Dengan kesempatan yg ada... apa lagi 959 " jual gelang leerrr..." berkenalan dan borak-borak bersama engineernya.

p/s: some picture attached arah guest book..

Tuesday, March 3, 2009

Xboys Fc Vs Red Knight FC

Perlawanan ini berlangsung pada 02hb Mar 2009 di padang Sekolah Yayasan, Yang mana Xboys berkeputusaan seri 1-1,di awal2 permainan tersebut pihak lawan telah mendahului Xboys dgn jaringan 0-1 yang mana kesilapan dari defender Xboys ,walau bagaimana pun di separuh masa kedua Xboys dapat mengegarkan gawang pihak lawan yang begitu kental tapi dapat di bolosi dan jaringan di buat oleh pemain berjesi 11 iaitu 977 Ringo Xboys15 gmbr diatas itu ialah jaringan dan sentuhan goal dari pemain Xboy,dgn jaringan dari 977 itu,pemain2 Xboys tidak berputus asa menyerang pihak lawan dgn bertubi2 sehingga ke akhir perlawanan dan masih terikat seri 1-1,tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih diatas penyokong2 Xboy & family yang hadir pada mlm tersebut. Di harap kepada Xboys yang lain agar dapat menyarung jesi Xboys dan mempertahan kan lagi team Xboys ini.

Thursday, February 26, 2009

Xboys Fc Vs Pti Family

Perlawanan pada 23hb Feb 2009 jam 16:30 bertempat padang OCS sg akar Gurkha kem.Xboys telah pun mendapat kekalahan yang tipis dengan berkeputusan 0-1,Pada perlawanan tersebut di separuh masa pertama dan kedua Xboys dapat menguasai perlawanan tetapi nasib tidak menyebelahi Xboys, Kepada Xboys yang hadir pada perlawanan tersebut untuk memberikan sokongan padu kepada team Xboys diucapkan ribuan terima kasih kerana hadir,dan sebilangan Xboys yang tidak sempat bermain jgn putus asa perlawanan akan datang insyallah akan berpeluang utk diserabkan didalam team Xboys.

Wednesday, February 11, 2009

Menaikkan Bendera Besar

Ani semasa aku (966) Upacara Menaikkan Bendera Besar sempena JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, TAHUN 2009 Bertempat di Bandar Seri Begawan , Pada 08 Feb 2009.

Monday, January 19, 2009

Perlawanan Xboys FC Menentang UBD


Setelah menang 2 perlawanan berturut2, akhirnya Xboys FC terpaksa akur dengan keputusan tewas 3-1 ditangan pasukan tuan rumah UBD yang bermain ditempat sendiri iaitu di padang "A" kompleks sukan UBD pada 17 Januari jam 1630hrs. Adalah sebab2 utama yang telah di kenal pasti (bukan alasan.. heheheh) atas faktor padang yang begitu "licak" hinggakan para pemain2 Xboys FC yang belum kebiasaan bermain dengan keadaan padang begitu amat jelas di raut muka mereka dengan kehampaan dan kurang semangat serta keyakinaan untuk menunjukkan corak permainan yang sepatutnya dijangkakan lebih baik dan menarik lagi. Faktor kedua juga mungkin kerana Xboys FC yang terpaksa bermain 10 orang setelah salah seorang pemain pertahanan Xboys FC (C Sam) yang telah dilayangkan kad merah atas kesilapan beliau yang dengan tidak sengaja tersentuh bola dalam kotak penalti. Diharapkan para pemain2 Xboys FC agar tidak patah semangat dan akan terus berusaha lagi bagi menebus kekalahan ini pada perlawanan akan datang yang mana akan Insyallah dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 21 Januari 2009 jam 2000hrs bertempat di padang sekolah menengah SMJA (inda lagi licak ne heheh..). Kutipan sebanyak $1 sahaja bagi setiap pemain untuk tujuan pembayaran pengadil. Sekian untuk makluman dan sekiranya ada perubahaan akan segera dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.

Friday, January 16, 2009

17th January 2009, Hepi BiRthDaY x15thboys & 10967


Pergi Membeli Hadiah Hari Jadi…
Untuk Diberi Pada Kekasih Hati…
Wahai x15thboys, Ape Yang Dah Jadi???
Mana Tia Kek Harijadi Kitani Ani???

Rindu Selasih, Rinduku Sayang..
lahirnya kasih untukmu Kawan..
Hepi Birthday Buat kawan Seperjuang..
Bila Tah Masa Kn blanja Makan??? ( utk 10967 heheh..)

Dari Labuan Ke Airport Lama..
Singgah Sebentar Di Kampung Tungku..
Kitani Bekawan Memang Dh Lama..
Enambelas Tahun Udah Rupanya Nyamuu..


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, pada kesempatan kali ini ingin saya mengucapkan Selamat ulang tahun kepada semua skot2 pengambilan ke 15 kerana pada 17hb Januari ini lh kitani semua dsatukan sebagai ahli askar muda dan pada tarikh ini juga lh bermula kisah suka duka kitani semua berteduh pada bumbung yang sama, dan juga menimba dan menuntut ilmu pada sekolah yang sama. Semoga kenangan kita bersama yang penuh sorakan, hilai tawa dan tangisan akan tetap terpahat pada diri biskita semua. Dengan pada masa ini juga besar lh harapan saya sebagai wakil kepada semua x15thboys mengucapkan " Happy Birthday " kepada 10967 yang juga merupakan tarikh lahir beliau, diucapkan dan didoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa bergembira di samping keluarga, sahabat handai dan orang yg sentiasa di rindui dan kasihi. Amin..

Lastly utk semua skot intake 15, "Sometimes in life, you'll find special friends. Someone who changes your life just by being a part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friends lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friends gets you through the hard times, the sad times and the confused times. If you turn and walk away, your forever friends follows. If you lose your way, your forever friends guides you and cheers you on. Your forever friends holds your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friends, and forever has no end."

"Memories last forever, never do they die. Friends stay together, never say goodbye."

Thursday, January 15, 2009

2009 : 1st Game, 1st Win...


Dengan tibanya tahun baru 2009 ini nampaknya telah memberi perangsang dan semangat baru kepada pemain2 Xboys FC yang mana telah membuka tirai pertama perlawanan mereka bagi tahun 2009 ini menentang pasukan dari jabatan RTB bertempat di padang sekolah menengah SMJA, dan Alhamdulillah sekali gus berjaya menjinakkan pasukan lawan dengan jaringan 5 berbalas 3. SYABAS!! dan TAHNIAH.. buat Xboys FC yang telah bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mendapatkan kemenangan pembukaan yang sudah sememangnya di harap2kan..
Dengan adanya kemenangan ini agar dapatlah pemain2 Xboys FC mengekalkan corak dan percaturan serta strategi permainan yang kalian tunjukkan untuk menampakkan kebolehan sebenar dan semangat juang yang sedia ada pada diri kalian semua . Welldone..

p/s :- Next Game 17 Januari 2009 bertempat di padang UBD jam 1630HRS..