Saturday, May 30, 2009

TAHNIAH & SELAMAT ULANG TAHUN


SUBUR, BAK PEPOHON RENDANG MENGHIJAU, MEMAYUNGI TANAH PESAKA MOYANG,
MEMIKUL HARAPAN, MENJULANG GEMILANG.

SUBUR, BAK PEPOHON RENDANG MENGHIJAU, BERHUJAN PANAS MEMAGAR KEDAMAIAN,

MENANAI KEHARMONIAN DI TENGAH GELOMBANG KEMODENAN,
YANG SERBA MENGUSAR DAN MENCABAR.

SYABAS…WIRAWAN DARI CURUK RANTAU YANG AMAN, HEMBUSAN NAFAS PAHLAWAN MU

CURAHAN BAKTI YANG TIDAK BERKESUDAHAN, AKAN TERPAHAT JUA DI DADA ZAMAN

TAHNIAH KEPADA SKOT-SKOTERS AND ALL XBOYS YANG BERJIWANG ASGAI

Thursday, May 28, 2009

mengisi waktu lapang...cont'

Setelah penat menunggu sampai menguap nguap kan tetidur tidur... akhirnya saat yang d tunggu pun datang, boreng jua meliat pasal pasukan yang main ani bukan pasukan yang di minati. di minit ke 10 gol tia...! tarang tarus mata!... kalau boleh rasanya mau di tambah lagi gol atu... niat di hati mudahan saja pasukan yang satu atu kalah. Rehat separuh masa pertama malas tia rasanya kn meliat, ku tutup tv langsung tidur. Pada keesokan harinya dengan muka yang bangas, kusut... ku switch on radio, alang kah happy nya diri ku, sampai ke telingga lebar senyuman ku setelah mengetahui Barcelona di istiharkan sebagai Juara.
Kepada penyukung pasukan Man U, jgn lah merasa hampa... undian sms belum juga akan dpt memberi kemenangan kepada mereka, cuba lagi season hadapan.
KEPADA PENYOKONG LIVERPOOL JANGAN LAH BERHENTI MENYOKONG PASUKAN KESAYANGAN ANDA.. KERANA YOU'LL NEVER WALK ALONE WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA.... Eeeeaaaaaaanya!

*tunggu di keluaran yang akan datang....

Sunday, May 24, 2009

Jutaan Penghargaan TERIMA KASIH

Bagi Pihak Xboys FC ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada xboys-xboys yang hadir pada malam perlawanan bolasepak pada Hari Jumaat 22hb Mei 2009 Jam 2000hrs :
Mijul (Keeper Kebangsaan XBOYS aka Presidento XBOYS) intek 15, Hj Aming (Midfield) intek 15, Muliadi (Midfield kanan) intek 15, Tony (Last Man) intek 15, Edysma (Midfield) intek 15, Adri (Midfield) intek 15, Ak Ahmad (Striker) intek 15, Pg Amir Ringo (Midfield) intek 15,Barin (Striker) intek 15, Kuttie (Defender kiri) intek 15, Hussin (Midfield Kiri) intek 17, Frankie (Defender kanan) intek 15,eirwan (Midfield) intek 12, Sham (Lastman/Stopper) intek 17, Camong (Super Striker) intek 15, Khairol Akramin intek 18, Hasnal intek 22, Syahman (Midfield) intek 20, Hj Ardy (Midfield Kiri) intek 23, Pg Aderius intek 18, Jelo intek 25 (NOT PLAYED), Fauzi (Midfield/Stopper) intek 18, Fadly intek 25 (NOT PLAYED),Rooney (Midfield) Pemain Import sejak xboys FC ditubuhkan, Ak Alim (Keeper Baru - keep it up) intek 25 and our BEST paparazzi/potographer -Birin intek 20.

Terima Kasih di atas semua kehadiran XBOYS...kalau buleh panggil lagi xboys yang berkebolehan untuk bermain bula terutama yang muda-muda yang fit and nafas kuda.. Kepada keeper baru Ak Alim Keep it up... datang-datang saja kalau ada game lagi.. and our target xboys FC dapat mengumpul kan seberapa banyak Xboys untuk di jadikan 2 team. Sekian sekalung penghargaan buat XBOYS.

Get Well Soon - Semoga Cepat Sembuh


Salam Skot-skotan aka skotERS!!
23hb Mei 2009, skot kitani 10987 Md Kamal, Alhamdulilah telah selamat menjalani pembedahan lutut kanan beliau. Kecederaan yang di alami oleh Md Kamal mengakibatkan beliau tidak dapat beraksi pada hari Jumaat malam yang mana Perlawanan Bolasepak Persahabatan di antara XBoys FC vs TUDB (No5 SQDN) telah di adakan sehari sebelum beliau menjalani pembedahan tersebut. Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang tidak di ingini berlaku yang di adakan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan (RIPAS) sebelah pagi Hari Sabtu 23hb Mei 2009... jam nya KURENG pasti ku (heheeh...) dan kepada sesiapa yang ingin melawat Md Kamal, ia kana tahan di WARD 6 - Katil 10. Sebelum kamu konfaiden ke hospital RIPAS atu sila call kubail nya dulu manatau ia udah keluar or kana discharged hari ani - double check lagi ah. Kepada Md Kamal get well soon - semoga capat sambuh!!

Saturday, May 23, 2009

Xboys Vs Eng No 5 Sqn TUDB



Perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Xboys dengan pasukan Engineering 5 TUDB di adakan di padang Kebajikan Belia & sukan. Dalam perlawanan separuh masa pertama pasukan Xboys dapat mendominasi perlawanan sehingga sering mempunyai peluang peluang untuk menghasilkan gol. Serangan demi serangan di buat akhirnya membuahkan hasil dimana 955 dapat menjaringan gol hasil hantaran lintang 959 "eeeeeyyeeenya!!". Setelah mendahului 1-0, pasukan lawan pula sering sekali membuat serangan 'counter attack' akan tetapi peluang yang ada gagal di sempurnakan oleh penyerang pihak lawan.
Di separuh masa kedua pula, pasukan Xboys bermain dengan begitu cemerlang sehinggakan mendapat peluang untuk menjarakkan jurang apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan pinalti kepada pasukan Xboys setelah pihak lawan melakukan kekasaran di dalam petak D. Kesempatan untuk menambah gol kedua gagal di sempurnakan oleh 965, apabila sepakan beliau berjaya di halang oleh penjaga gawang pasukan lawan. Walaupun perlawanan berjalan begitu rancak akan tetapi kedua dua pasukan gagal menyumbatkan sebarang gol sehinggalah wisel penamat.

Hasil keputusan perlawanan Xboys 1-0 Eng 5 Sqn, SHABAS pasukan Xboys...

Polis Airport VS XBoys

Pada 20hb Mei 2009 berlangsung lagi satu perlawanan persahabatan bolasepak di antara pasukan Polis Airport dengan Pasukan XBoys bertempat di padang Menglait Gadong. Dalam perlawanan tersebut di separuh masa pertama pasukan polis dapat mendominasi di seawal minit perlawanan sehingga dapat menjaringkan dua gol pendahuluan, akan tetapi pasukan Xboys dapat merapatkan jurang hasil jaringan cantik 956. Semasa perlawanan bertambah rancak, pasukan lawan sekali lagi dapat membolosi gawang pasukan Xboys, akan tetapi pasukan Xboys tidak berputus asa dan akhirnya dapat menyamakan kedudukan hasil jaringan 955 & Roney. Kedudukan di separuh masa pertama Pasukan Polis 3-3 Xboys. Diseparuh masa kedua pula pasukan Xboys gagal menyumbatkan sebarang gol walaupun mempunyai peluang keemasan, malah pasukan polis pula bertali arus membuat jaringan dan akhirnya pasukan Xboys terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang berkesudahan Polis 7-3 Xboys.

"mau rematch lagi neee...."

Contoh


Suatu Pagi di Tamu Kianggeh

Tuesday, May 19, 2009

mengisi waktu lapang

Episod 1

Assalamualaikum...mengapakah blog ini semakin lama semakin sunyi.... tak adakah idea idea yg hendak di kongsikan bersama.... kemana kah, dimana kah menghilang nya kamu... oh... skot2 ku sekalian... aku pn tak tahu apa kh yg akan d kongsikan bersama, hanya mengikut apa yang di tekan oleh jari jemari ini.. 22hb jgn lupa utk bermain, sedih rasa nya, kan ketawa jua rasanya.. "I Have No Idea".....
untuk renungan bersama bacalah selawat jika nda tau apakn d buat... bukan nya kn chatting saja!!!!

sekian. wasalam, have a nice day, tunggu d keluaran yg akan dtg.

Saturday, May 2, 2009

Xboys Fc Vs CrewMan AirForce (Rematch)

Perlawanan bola Xboys Vs Crewman pada 1hb Mei 2009 di pdg belapan, semasa perlawanan tersebut pihak lawan telah pun bertali arus menyerang xboys, sehingga pihak lawan dpt menggegarkan gawang xboys dan terus menjaringkan goal pertama,keputusan 1-0 hingga ke akhir separuh masa pertama, di separuh masa kedua Xboys menukar corak permainan sehingga kan Xboys dpt menggegarkan gawang pihak lawan dgn tandukan dari 960, dan dgn semangat berpasukan xboys sekali lagi menggegarkan gawang pihak lawan dari rembatan 955 dan sekali gus memberi kemenangan bagi team Xboy,dgn wisel penamat keputusan Xboys 2 jaringan dan pihak lawan 1 jaringan, Terima kasih kpd Xboys2 yg lain yg hadir pada mlm itu yg memberi sokongan padu ,dharap penyokong akan berterus hadir utuk menyokong , sekian terima kasih