Saturday, May 23, 2009

Polis Airport VS XBoys

Pada 20hb Mei 2009 berlangsung lagi satu perlawanan persahabatan bolasepak di antara pasukan Polis Airport dengan Pasukan XBoys bertempat di padang Menglait Gadong. Dalam perlawanan tersebut di separuh masa pertama pasukan polis dapat mendominasi di seawal minit perlawanan sehingga dapat menjaringkan dua gol pendahuluan, akan tetapi pasukan Xboys dapat merapatkan jurang hasil jaringan cantik 956. Semasa perlawanan bertambah rancak, pasukan lawan sekali lagi dapat membolosi gawang pasukan Xboys, akan tetapi pasukan Xboys tidak berputus asa dan akhirnya dapat menyamakan kedudukan hasil jaringan 955 & Roney. Kedudukan di separuh masa pertama Pasukan Polis 3-3 Xboys. Diseparuh masa kedua pula pasukan Xboys gagal menyumbatkan sebarang gol walaupun mempunyai peluang keemasan, malah pasukan polis pula bertali arus membuat jaringan dan akhirnya pasukan Xboys terpaksa akur dengan keputusan perlawanan yang berkesudahan Polis 7-3 Xboys.

"mau rematch lagi neee...."

No comments: