Monday, January 19, 2009

Perlawanan Xboys FC Menentang UBD


Setelah menang 2 perlawanan berturut2, akhirnya Xboys FC terpaksa akur dengan keputusan tewas 3-1 ditangan pasukan tuan rumah UBD yang bermain ditempat sendiri iaitu di padang "A" kompleks sukan UBD pada 17 Januari jam 1630hrs. Adalah sebab2 utama yang telah di kenal pasti (bukan alasan.. heheheh) atas faktor padang yang begitu "licak" hinggakan para pemain2 Xboys FC yang belum kebiasaan bermain dengan keadaan padang begitu amat jelas di raut muka mereka dengan kehampaan dan kurang semangat serta keyakinaan untuk menunjukkan corak permainan yang sepatutnya dijangkakan lebih baik dan menarik lagi. Faktor kedua juga mungkin kerana Xboys FC yang terpaksa bermain 10 orang setelah salah seorang pemain pertahanan Xboys FC (C Sam) yang telah dilayangkan kad merah atas kesilapan beliau yang dengan tidak sengaja tersentuh bola dalam kotak penalti. Diharapkan para pemain2 Xboys FC agar tidak patah semangat dan akan terus berusaha lagi bagi menebus kekalahan ini pada perlawanan akan datang yang mana akan Insyallah dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 21 Januari 2009 jam 2000hrs bertempat di padang sekolah menengah SMJA (inda lagi licak ne heheh..). Kutipan sebanyak $1 sahaja bagi setiap pemain untuk tujuan pembayaran pengadil. Sekian untuk makluman dan sekiranya ada perubahaan akan segera dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.

No comments: