Monday, January 19, 2009

Perlawanan Xboys FC Menentang UBD


Setelah menang 2 perlawanan berturut2, akhirnya Xboys FC terpaksa akur dengan keputusan tewas 3-1 ditangan pasukan tuan rumah UBD yang bermain ditempat sendiri iaitu di padang "A" kompleks sukan UBD pada 17 Januari jam 1630hrs. Adalah sebab2 utama yang telah di kenal pasti (bukan alasan.. heheheh) atas faktor padang yang begitu "licak" hinggakan para pemain2 Xboys FC yang belum kebiasaan bermain dengan keadaan padang begitu amat jelas di raut muka mereka dengan kehampaan dan kurang semangat serta keyakinaan untuk menunjukkan corak permainan yang sepatutnya dijangkakan lebih baik dan menarik lagi. Faktor kedua juga mungkin kerana Xboys FC yang terpaksa bermain 10 orang setelah salah seorang pemain pertahanan Xboys FC (C Sam) yang telah dilayangkan kad merah atas kesilapan beliau yang dengan tidak sengaja tersentuh bola dalam kotak penalti. Diharapkan para pemain2 Xboys FC agar tidak patah semangat dan akan terus berusaha lagi bagi menebus kekalahan ini pada perlawanan akan datang yang mana akan Insyallah dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 21 Januari 2009 jam 2000hrs bertempat di padang sekolah menengah SMJA (inda lagi licak ne heheh..). Kutipan sebanyak $1 sahaja bagi setiap pemain untuk tujuan pembayaran pengadil. Sekian untuk makluman dan sekiranya ada perubahaan akan segera dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.

Friday, January 16, 2009

17th January 2009, Hepi BiRthDaY x15thboys & 10967


Pergi Membeli Hadiah Hari Jadi…
Untuk Diberi Pada Kekasih Hati…
Wahai x15thboys, Ape Yang Dah Jadi???
Mana Tia Kek Harijadi Kitani Ani???

Rindu Selasih, Rinduku Sayang..
lahirnya kasih untukmu Kawan..
Hepi Birthday Buat kawan Seperjuang..
Bila Tah Masa Kn blanja Makan??? ( utk 10967 heheh..)

Dari Labuan Ke Airport Lama..
Singgah Sebentar Di Kampung Tungku..
Kitani Bekawan Memang Dh Lama..
Enambelas Tahun Udah Rupanya Nyamuu..


Assalamualaikum dan Salam sejahtera, pada kesempatan kali ini ingin saya mengucapkan Selamat ulang tahun kepada semua skot2 pengambilan ke 15 kerana pada 17hb Januari ini lh kitani semua dsatukan sebagai ahli askar muda dan pada tarikh ini juga lh bermula kisah suka duka kitani semua berteduh pada bumbung yang sama, dan juga menimba dan menuntut ilmu pada sekolah yang sama. Semoga kenangan kita bersama yang penuh sorakan, hilai tawa dan tangisan akan tetap terpahat pada diri biskita semua. Dengan pada masa ini juga besar lh harapan saya sebagai wakil kepada semua x15thboys mengucapkan " Happy Birthday " kepada 10967 yang juga merupakan tarikh lahir beliau, diucapkan dan didoakan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa bergembira di samping keluarga, sahabat handai dan orang yg sentiasa di rindui dan kasihi. Amin..

Lastly utk semua skot intake 15, "Sometimes in life, you'll find special friends. Someone who changes your life just by being a part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship. When you're down and the world seems dark and empty, your forever friends lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friends gets you through the hard times, the sad times and the confused times. If you turn and walk away, your forever friends follows. If you lose your way, your forever friends guides you and cheers you on. Your forever friends holds your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friends, and forever has no end."

"Memories last forever, never do they die. Friends stay together, never say goodbye."

Thursday, January 15, 2009

2009 : 1st Game, 1st Win...


Dengan tibanya tahun baru 2009 ini nampaknya telah memberi perangsang dan semangat baru kepada pemain2 Xboys FC yang mana telah membuka tirai pertama perlawanan mereka bagi tahun 2009 ini menentang pasukan dari jabatan RTB bertempat di padang sekolah menengah SMJA, dan Alhamdulillah sekali gus berjaya menjinakkan pasukan lawan dengan jaringan 5 berbalas 3. SYABAS!! dan TAHNIAH.. buat Xboys FC yang telah bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mendapatkan kemenangan pembukaan yang sudah sememangnya di harap2kan..
Dengan adanya kemenangan ini agar dapatlah pemain2 Xboys FC mengekalkan corak dan percaturan serta strategi permainan yang kalian tunjukkan untuk menampakkan kebolehan sebenar dan semangat juang yang sedia ada pada diri kalian semua . Welldone..

p/s :- Next Game 17 Januari 2009 bertempat di padang UBD jam 1630HRS..