Wednesday, December 31, 2008

Sempena Christmas & Tahun Baru (961)

Ani gambar time kami beraya' open house 'sempena sambutan christmas day dan menjelangnya tahun baru di rumah 10961 di C9 Jln Penyerang Muara kem, Saya dan keluarga wakil dari intk 15 mengucapkan selamat tahun baru dan Christmas Day kpd Keluarga 961. Semasa open house makanan yang dihidangkan nyaman banar kali ah...Bagi scot2 yg inda belaku hadir & ada function tersendiri pada hari atu amat lah rugi,hehe...bukan rugi apa nda sampat merasa kesedapan makanan nya ah.hehe.. Saya Wakil Dari Intk 15 sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru & Happy Christmas Day to Scot tani 961 dan Family. Semoga tahun baru ani semua skot2 diberi hidayah & keimanan yg teguh serta petunjuk ke jln yg benar & menjadi org2 yg mukmin di sisi ALLAH.AMIIIN..

Sunday, December 28, 2008

Akhirnya...


Alhamdulillah... At last pada 27 disember 2008, impian Xboys FC yang mengimpi2kan kemenangan dan merasai nikmat kemanisannya akhirnya termakbul juga setelah berjaya menundukkan pasukan dari kg Rimba dengan jaringan 3-2. Pada perlawanan ini juga telah menyaksikan pemain2 Xboys FC telah menunjukan kesungguhan dan memberikan full komitmen sekali gus menampilkan capabilities mereka yang sebenar terutama penjaga gawang Xboys FC (pepe "966" Reina) yang telah kembali beraksi setelah berehat akibat kecederan lutut beliau dengan cemerlang dan aksi beliau yang "superb" & "unbelieveable" berjaya mematahkan serangan dan percubaan yang bertali arus dari pihak lawan, tidak dilupakan juga persembahan yang cantik dari 977 diposisi tengah. Disamping itu juga kepujian dan sanjungan juga harus di berikan kepada kesemua pemain2 Xboys FC yang telah mempamirkan aksi permainan yang cukup mantap dan bertenaga. Di harapkan pada perlawanan akan datang semoga para pemain Xboys FC akan dapat me"maintain" dan meningkatkan lagi mutu dan corak permainan yang sebegini atau yang lebih uummpphhhh lagi...TAHNIAH AND WELLDONE BOYS..

p/s:- 967, keritamu a2 udh ko claim insuran? hehehhee..

Saturday, December 27, 2008

Majlis Perkahwinan 955 (Chamong)




21 Disember 2008 adalah merupakan hari yang cukup meriah dan mengembirakan bagi x15thboys, dan pada tarikh itu juga akan senentiasa dikenang oleh 955 dan pasangan beliau yang mana pada hari tersebut beliau telah melangsungkan hari persandingannya dengan penuh adat ke"Brunei"an kitani. Disamping menikmati juadah istimewa yang telah tersedia, x15thboys dan xboys yang telah menghadirikan diri, dapat berborak2 dan bergurau senda, usik mengusik sesama kitani dan sempat juga mengambil gambar kenang2an (as attached above) untuk membuktikan yang tali persahabatan antara sesama xboys ini akan tetap terikat sampai bila2.. Insyallah.. Dan kepada pengantin baru, 955 dan pasangan di doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, Amin..

p/s :- 955, No heart feeling bro ah masa sesi bejarah ah.. andang lumrah pengantin 2 wang kana buli.. heeheheh..

Friday, December 19, 2008

Makluman Pembatalan..



Assalamualaikum & Salam Sejahtera, disini saya ingin memaklumkan kepada abiskita semua bahawa perlawanan bola sepak di antara Xboys FC dengan pasukan dari Kg Rimba yang di jadualkan akan berlangsung pada 20hb disember 2008 jam 1600hrs bertempat di padang maktab jururawat adalah dengan ini di batalkan dan jadual seterusnya akan di makumkan lagi kemudian.. Sekian, harap maklum..

Saturday, December 13, 2008

Perlawanan Xboys FC Vs Impiana FC



Assalamualaikum & Salam sejahtera. Pada 13 disember 2008, sekali lagi Xboys FC telah mengadakan perlawanan bola sepak menentang Impiana Fc bertempat di padang maktab jururawat yang mana nasib masih belum lagi menyebelahi pasukan kita iaitu Xboys Fc sekali lagi kecundang 6-2 kepada pihak lawan yang mana gol-gol Xboys Fc telah di sumbangkan oleh 956 & 965. Di harapkan kepada semua pemain2 Xboys Fc dan pemain jemputan agar janganlah merasa hampa dan berputus asa untuk memenangi perlawanan. Adalah dengan ini juga di maklumkan pada 20 Disember 2008 akan diadakan sekali lagi perlawanan bola sepak menentang pasukan dari Kg Rimba pada jam 1600 hrs di tempat yg sama iaitu padang maktab jururawat. Semoga perlawanan akan dtg ini Xboys Fc akan mendapat merasa nikmat dan kemanisan kemenangan, Insyallah... Amin.., dan juga agar pemain2 supaya dapat mengatur "position" biskita dan corak serta strategi permainan yg lebih teratur.

p/s :- ketiadaan akibat kecederaan penjaga gawang utama xboys fc (966) adalah amat2 dirasakan..

Wednesday, December 10, 2008

XBoys Fc Vs Rimba Fc

Salam semua sekali scot2 ku ..Perlawanan bola pada 6hb yg lalu di antara Xboys dgn Rimba Fc yg berkeputusan seri 3-3. Dalam perlawanan tersebut xboys mendahului dgn 2 jaringan (Roney & Tony 985) dan dpt di samai oleh pasukan lawan yg ber kesudahan 2-2 di separuh masa pertama. dlm babak kedua, x boys sekali lagi mendahului 3-2 hasil jaringan 955 dan di akhir2 perlawanan, pasukan lawan dapat menyamai kedudukan yg berkesudahan 3 sama. Sampai jua hajat sekawan atu utk score sebelum menamatkan riwayat bujangnya...

Monday, December 8, 2008

Jemputan Kahwin 10955


Ya Qadhi Al-Hajat, Walimatul Urus

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada skot2 semua, adalah saya (970) telah d amanahkn oleh senior numbur kitani (955) untuk mempost dan sekali gus menguwar2kn berita gembira ini kepada biskita semua yg mana setelah sekian lama hidup menyolokn diri kini 955 telah bertemu dengan pasangan hidup beliau, dan dengan berbesar hati beliau telah menjemput biskita sekeluarga agar dapat utk bersama2 memeriahkn lagi suasana pada majlis tersebut itu nanti, Insyallah majlis tersebut akan di adakn :-

Pada : 21 Disember 2008 (Ahad)
Bertempat : No. 26 Kampong Bunut Perpindahan, Jln Hj Halus, Brunei.
Jam : 1100 - 1215 hrs ( Menerima Jemputan)


Pada kesempatan ini juga besarlah harapan saya sebagai wakil kepada skot2 kitani (x15boys) untuk mengucapkan " Selamat Pengantin Baru " kepada 10955 & Hjh Muizzah, Semoga mereka hidup berkekalan hingga ke akhir hayat, di murahkan rezeki, di kurniakan zuriat yang beriman dan beramal soleh dipenuhi Al Mawaddah dan Al Rahman dunia dan akhirat.

Amin... Ya Rabbal Alamin..